Saturday 26 November 2011

sakit hati lebih sakit dari sakit anggota...

"Sabda Rasulullah S.A.W......
"hati ibarat besi yang senang berkarat, karat itu hanya mampu di bersih dengan dua perkara. pertama membaca Al- Quran.. kedua mengingati mati"

Wallahualam

Sunday 4 September 2011

sedekah

Rasullulah saw bersabda yang bermaksud : sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya maka itu adalah sedekah. ( Ibnu Majah) 

Tuesday 23 August 2011

7 golongan


  “Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (iaitu pada Hari Akhirat). (Salah satunya ialah) seorang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.”

(Bukhari & Muslim)

Solat berjemaah


Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

            Sesungguhnya dua solat ini (iaitu solat berjemaah Isya’ dan Subuh) merupakan solat yang paling berat bagi orang-prang munafik. Seandainya kamu tahu pahala yang ada dalam dua solat ini, pasti kamu akan berlumba-lumba mendatanginya walaupun (kamu) terpaksa merangkak.”
(Abu Daud & An Nasa’i)

Huraian hadith:

          Tidak ada siapa pun yang tahu sebesar manakah ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang datang berjemaah. Seandainya kita tahu, sakit seteruk manapun pasti kita akan pergi walaupun terpaksa merangkak. Hanya mereka yang dipilih oleh Tuhan saja yang dapat menunaikan tuntutan sebegini. Semoga kita termasuk ke dalam golongan itu.

15 PERKARA MENGUNDANG BAHAYA

15 PERKARA MENGUNDANG BAHAYA

Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
         
“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami mengikut kehendak isteri
  5. Anak menderhakai ibunya
  6. Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya
  7. Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka
  10. Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya
  11. Arak diminum di merata-rata tempat
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki)
  13. Para artis disanjung-sanjung
  14. Muzik banyak dimainkan
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”
(Hadith riwayat Imam Turmizi)

Monday 22 August 2011

membentuk peribadi

" solat yang kusyuk solat yang berjaya menjadikan kita merasa diri sebagai hamba Allah, dan selepas itu barulah amalan-amalan yang yang baik akan mengikut "
Indah sanubari di hiasi kalimah Mu,
indah kehidupan kerna mengamalkannya,
kentalkan jiwa walaupun ancaman dari segenap sudut.