Sunday 26 June 2011

words

0ne day yOu will asK me
whiCh is mOre impOrtant t0 me.
u or my liFe ?
I will saYs, of c0s 'my liFe'.
U' will g0 and walk aWay,
with0ut kn0wing thaT u aRe my liFe.

p/s : always in my heart 6

Yang disukai ;)

" Tempat yang paling disukai oleh ALLAH swt ialah rumah-rumahNya dan tempat beribadat orang islam ( masjid/ surau ), manakala yang paling dibenciNya ialah dipasaraya " 
sumber : Fadilat Amal

Empat daripada 10 pesanan Imam Syafie ( info iluv islam )

Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia : 

Hak kepada diri : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

 Hak kepada kubur : Membuang tabiat yang suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Hak kepada malaikat maut : mengqadakan kewajipan- kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

Hak kepada Munkar dan Nankir : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat -menasihati.


Jadi Ibu yang terbaik

- Menghiasi anak denagn nama yang baik. Nama yang baik adalah merupakan doa terhadap anak. Nama yang tidak baik hanya akan membuatkan anak anda malu dengan rakan-rakan.
- Berikan pelukan kepada anak setiap hari ini akan membantu mempunyai tahap IQ yang tinggi. Anak anda akan lebih mesra dengan anda.
- Pandang kearah anak dengan penuh kasih sayang ini akan mempertingkatkan keyakinan anak anda.
- Hadiahkan pujian terhadap anak anda setiap kali anak anda melakukan kebaikan dan berikan sebab mengapa dimarahi apabila mereka melakukan kesilapan.
- Ibubapa perlu ingat apabila berdepan antara keluarga dan kerja. Maka pilihlah keluarga kerana masa kita bersama anak-anak lebih bermakna dan tidak mampu diputar kembali.
- Dalam tempoh membesarkan anak-anak jangan pernah menguluh. keluhan itu akan membuat anak anda berfikir bahawa kehadiran mereka hanya membebankan ibubapa.
- Masa. Luangkalah masa dengan anak-anak untuk mendengar mereka kerana apabila mereka dewasa kelak cerita itu tidak mampu lagi didengar.
- Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukan.
- Berikan ciuman selamat malam terhadap mereka ini menunjukkan perasaan kasih dan sayang terhadap anak anda.
- Terimalah kadang kala kita bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan membantu mengurangkan rasa stress anda sebagai ibubapa.
- Yang penting berdoalah pada Ilahi atas segala usaha kita agar anak yang dididik menjadi yang anak yang soleh dan solehah.
p/s : Amin...insyaAllah..6 

TIPS KUSYUK SOLAT

- Pertama sekali lakukan dengan ikhlas, bukan kerana paksaan atau mengikuti perilaku yang lain.
- Fahami yang dibaca. selami dan hayati setiap baris yang dilafazkan.
- Merasa rendah diri, kita ini mahluk ciptaannya tiada tandingan untuk kita untuk melawannya. 
- Merasa kewujudan Allah swt disisi. Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar setiap kata yang diungkap oleh kita.
- Merasakan perasaan syukur dengan nikmat ketika bersolat.
- Meminta ketika solat. kerna kita tahu salah satu waktu afdal untuk memohon doa adalah ketika kita solat               dimana waktu rukuk dan sujud.

TIPS ISTIQAMAH MELAKUKAN KEBAIKAN ( info )

- Memperbaiki hati ( ikhlas kerana Allah ).
- Berdoa kepada Allah. Ini kerana doa merupakan kunci segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
- Tidak panjang angan-angan.
- Mempelajari dan mengetahui keutamaan istiqamah dalam diri dan teguh ketika berada dijalan Allah.
- Memperhati dan menghayati isi-isi dalam al Quran.

- Merenungi akibat buruk sekirannya melakukan dosa.
-Membiasakan diri dengan melakukan amal kebaikan dan mengamalkan perintah Allah.
- Memilih teman yang baik supaya menggalakan kita melakukan kebaikan dan mencegah kita dari kemungkaran.
- Berhati-hati dengan perkara yang mengundang fitnah kesesatan dan kebatilan.
- Membaca sejarah hidup para nabi, sahabat-sahabat nabi dan generasi selepasnya yang berdakwah     menyebarkan agama islam.

Saturday 25 June 2011

kata- kata mutiara



Tiada harapan selain ALLAH
Tiada idola selain NABI
Tiada kata seindah Al QURAN
Tiada jalan selurus SUNNAH
Tiada perjuangan selain ISLAM




MANFAAT

Rasullulah bersabda : "sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain "
dan islam yang sebenar ialah....orang sekeliling kita selasa dan merasa selamat disamping kita...itu menggambarkan islam...bahagia selamat aman

PERKARA YANG TERBAIK (^-") MUST REMEMBER

Rasullulah bersabda : " perkara yang terbaik dan mulia yang dilakukan oleh anak Adam ialah mempelajari isi Al Quran dan menyampaikannya kepada yang lain " 
p/s ingat hadis nie sebagai motivasi untuk belajar yek 6

Wednesday 22 June 2011

Alhamdullilah

Syukur ada tiga perkara : bersyukur dengan hati, lidah dan anggota badan
- hati berasa cukup dengan yang diprolehi
- lidah memuji Allah swt dengan perkataan yang baik-baik
-anggota badan melakukan perkara yang baik dan menjauhi perkara yang buruk


Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa...
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1000-syukur-dan-sabar.html

Monday 20 June 2011

Utama

Prinsip hidup yang paling utama - " apabila bertembung antara akal dan nas ( al-quran dan hadis ), maka nas lebih diutamakan "



Al Quran dan Hadis


Sabda Rasullulah saw :" Benda paling berharga pada umat akhir zaman ialah Al quran dan hadis... Harganya lebih dari intan permata walhal lebih berharga dari dunia.."



surah ali-Imran ayat 14 yang bermaksud;
"Dihiaskan (dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda dari emas dan perak, kuada peliharaan, dan binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan ingatlah pada sisi Allah SWT ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (Syurga)."
kejarlah akhirat walaupun berjalan..nescaya dunia mengikut dengan keadaan berlari..

marah


Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat melawan nafsu marahnya -Hadis Muktamar
Marah di dalam hati, marahlah semahunya. Kadangkala tidak mampu diungkapkan dengan kata. Bukan mudah untuk meluahkan rasa hati ini kerana terlalu ingin menjaga hati insan tercinta. Mungkin sudah terbiasa memendam......
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/2629-jangan-marah.html

Bersama hambanya

Daripada Abu hurairah bahawa Rasullulah saw bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah swt berfirman : ' Aku bersama hambaKu selagi mana ia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak ( untuk berzikir )'.- Riwayat Ahmad dan Ibn Majah )

lelaki dan wanita

kecantikan lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

3 Golongan







Sabda Rasullulah saw : " Tiga golongan yang mendahului ke neraka ialah mereka yang berdakwah kerana mencari kehormatan, pujian dan populariti, mereka yang membaca al-Quran kerana pujian, kemasyuran dan kehormatan, mereka yang bersedekah kerana malu pada manusia"- riwayat Saidina Abu Bakar pengsan ketika mengingati kembali hadis ini dan bangkit semula kemudian pengsan sehingga 5 kali bangkit dan pengsan...(.renung-renungkanlah..)

Orang yang bijak

Ali karamallahuwajhah bersabda : " orang yang bijak ialah orang yang dapat membezakan antara perkara baik dan perkara yang buruk, manakala orang yang paling bijak ialah orang yang dapat mencari kebaikan dalam perkara keburukan "



Orang yang paling mulia disisi Nya

Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang sangat bertaqwa...

Taqwa - takut akan Allah swt dengan mengikut suruhannya dan meninggalkan larangannya dengan bersungguh-sungguh......

Taqwa di mana? Bila? Bagaimana?
"Bertaqwalah kepada Allah.." sudah jelas ia adalah satu ayat perintah. Samalah seperti ayat yang menyuruh kita untuk tidak melanggar undang-undang dan lain-lain. Bukan satu arahan yang main-main seperti :.........


http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2464-kuasa-taqwa.html

Ibrahim : 38

" Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakan dan tidak ada sesuatupun yang kami sembunyikan bagi Allah, baik yang ada dibumi mahupun dilangit "



Ujian

 Baginda bersabda : " Apabila Allah swt mencintai seseorang hamba, Allah swt kan memberi cabaran kepadanya. Kalau bersabar, Allah swt akan memilihnya, jika redha Allah swt akan menjadikannya orang pilihan "

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita...



http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/2419-ujian-itu-rahsia-allah-swt.html

Al- Hajj: 4o

" Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya  ( agama Islam ). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa " 

spirit :)

kita mampu ubah masa hadapan kita, bukan masa silam...
semangat 6....^_^"

Al- Isra : 65

Allah swt berfirman " sesungguhnya hamba-hambaku ( yang beriman dengan ikhlas ), tiadalah engkau ( wahai iblis ) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka ( untuk menyesatkannya ). Cukuplah Tuhanmu ( wahai muhammad)  menjadi pelindung ( bagi mereka ) "  .

Al- Inshirah 94:5-6

Allah berfirman yang bermaksud : " kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya, sesungguhnya kesulitan itu ada kemudahan".

Usop,memberi idea dengan berkongsi minyak dengan motor sesiapa yang masih penuh.Mulanya rakanku seorang lagi,Akim keberatan untuk membantu kerana dia bimbang untuk mengeluarkan wangnya yang hanya tinggal beberapa keping wang biru untuk mengisi minyak.Tiba-tiba hatiku terdetik......
http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1664-keikhlasan-penawar-kesulitan.html

Perkara yang Allah swt paling suka...

Tiga perkara yang Allah swt paling suka melihat pertama saf solat berjemaah yang ramai, kedua insan yang mengabdikan diri pada waktu malam hari, ketiga orang yang berjuang dijalan Allah...

Tahap Sabar

Sabar ada tiga darjat
 -Sabar dalam ketaatan
- Sabar dari melakukan maksiat
-Sabar dengan ketentuan Musibah

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.......
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1877-sabar-itu-perlu-setiap-masa.html

sabar

" sesungguhnya Allah swt bersama dengan orang yang berSABAR "

Sabar; satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.
Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?
Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar.
Meminjam peribahasa "lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya".
Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286
Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1117-membuah-sabar.html

Wanita muslimah

Seorang wanita solehah itu tunduk sopan dari lelaki bukan muhrim, tidak lunak dalam bicara selain buat zauj tercinta, segan berkongsi cerita selain yang halal baginya, kerana percayalah bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang cerminan bagaimana suami mu menjaga dirinya dari akhawat juga. jangan biarkan syaitan menjadikan persahabatan itu indah antara lelaki di mata mu. Ayuh perbaikilah diri selagi nyawa dikandung badan, pintu syuga masih terbuka.
i luv islam
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/895-untukmu-wanita.html

Keistimewaan Memeluk Islam

Hadith :

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

 
(al-Bukahri)



Huraian
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas. 

Sunday 19 June 2011

Dari Titik Peluh Sendiri

Hadith :
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”
 
(al-Bukhari)


Huraian
Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.

Setiap Hukum Ada Hikmahnya

Hadith :
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”

Huraian
Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.

Punca Segala Bencana

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”