Tuesday 23 August 2011

15 PERKARA MENGUNDANG BAHAYA

15 PERKARA MENGUNDANG BAHAYA

Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
         
“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami mengikut kehendak isteri
  5. Anak menderhakai ibunya
  6. Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya
  7. Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka
  10. Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya
  11. Arak diminum di merata-rata tempat
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki)
  13. Para artis disanjung-sanjung
  14. Muzik banyak dimainkan
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”
(Hadith riwayat Imam Turmizi)

No comments:

Post a Comment