Sunday 26 June 2011

Jadi Ibu yang terbaik

- Menghiasi anak denagn nama yang baik. Nama yang baik adalah merupakan doa terhadap anak. Nama yang tidak baik hanya akan membuatkan anak anda malu dengan rakan-rakan.
- Berikan pelukan kepada anak setiap hari ini akan membantu mempunyai tahap IQ yang tinggi. Anak anda akan lebih mesra dengan anda.
- Pandang kearah anak dengan penuh kasih sayang ini akan mempertingkatkan keyakinan anak anda.
- Hadiahkan pujian terhadap anak anda setiap kali anak anda melakukan kebaikan dan berikan sebab mengapa dimarahi apabila mereka melakukan kesilapan.
- Ibubapa perlu ingat apabila berdepan antara keluarga dan kerja. Maka pilihlah keluarga kerana masa kita bersama anak-anak lebih bermakna dan tidak mampu diputar kembali.
- Dalam tempoh membesarkan anak-anak jangan pernah menguluh. keluhan itu akan membuat anak anda berfikir bahawa kehadiran mereka hanya membebankan ibubapa.
- Masa. Luangkalah masa dengan anak-anak untuk mendengar mereka kerana apabila mereka dewasa kelak cerita itu tidak mampu lagi didengar.
- Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukan.
- Berikan ciuman selamat malam terhadap mereka ini menunjukkan perasaan kasih dan sayang terhadap anak anda.
- Terimalah kadang kala kita bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan membantu mengurangkan rasa stress anda sebagai ibubapa.
- Yang penting berdoalah pada Ilahi atas segala usaha kita agar anak yang dididik menjadi yang anak yang soleh dan solehah.
p/s : Amin...insyaAllah..6 

No comments:

Post a Comment